Dasar Privasi


PustakaMYhttps://pustakamy.shop
E-mel rasmi: info@pustakamy.shop
Kemas kini terakhir: 23 Jun 2025


1. Komitmen Privasi

PustakaMY komited untuk melindungi maklumat peribadi pengguna berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Dasar ini menjelaskan bagaimana data anda dikumpul, digunakan dan dilindungi ketika anda menggunakan laman web ini.


2. Data Yang Dikumpul

Kami hanya mengumpul data peribadi yang anda berikan secara sukarela, seperti:

  • Nama penuh

  • Alamat e-mel

  • Nombor telefon

  • Maklumat pembelian

  • Maklumat log masuk (akaun)

Kami tidak menjual atau berkongsi data ini dengan pihak ketiga untuk tujuan komersial, kecuali diperlukan oleh undang-undang atau atas sebab teknikal seperti penghantaran e-mel automatik, pemprosesan pembayaran atau analitik laman.


3. Tujuan Penggunaan Data

Maklumat anda digunakan untuk:

  • Memproses pembelian eBook digital

  • Menghantar akses atau pautan muat turun

  • Memberikan sokongan pelanggan

  • Menghantar emel promosi atau pemberitahuan (jika anda bersetuju)

  • Tujuan analisis bagi menambah baik perkhidmatan dan kandungan laman


4. Keselamatan Data

Semua data disimpan dalam sistem yang dilindungi dan hanya boleh diakses oleh pihak berautoriti di PustakaMY. Kami tidak menawarkan akses terus kepada pengguna untuk mengubah atau memadam data melalui laman web, tetapi permintaan boleh dibuat melalui e-mel rasmi.


5. Penggunaan Cookies & Data Peranti

Laman ini menggunakan cookies dan teknologi pelacak seperti Google Analytics untuk memahami corak lawatan pengguna. Ini termasuk:

  • Alamat IP

  • Jenis pelayar

  • Laman yang dilawat

  • Masa akses

Maklumat ini digunakan untuk tujuan statistik dan tidak dikaitkan secara langsung dengan data peribadi anda.


6. Pilihan Anda

Anda boleh memilih untuk:

  • Tidak menerima e-mel promosi

  • Meminta data anda dikemaskini atau dipadam (jika diperlukan secara sah)

  • Menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini

Permintaan boleh dibuat melalui e-mel ke: info@pustakamy.shop


7. Pautan Ke Laman Lain

Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman luar. PustakaMY tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi atau kandungan laman-laman tersebut.


8. Perubahan Dasar

PustakaMY berhak mengubah dasar ini tanpa notis awal. Sebarang perubahan akan dikemaskini di halaman ini. Anda digalakkan menyemak dari semasa ke semasa.


9. Pertanyaan & Aduan

Sebarang pertanyaan berkaitan dasar privasi ini boleh dihantar ke:

E-mel: info@pustakamy.shop
Kami akan menyemak dan memberikan maklum balas dalam tempoh munasabah.